Bahasa Melayu | Malay

The Orange Door menyediakan bantuan dan sokongan untuk situasi keganasan keluarga, dan bagi keluarga yang perlu bantuan untuk kesejahteraan dan pembangunan kanak-kanak. Information about The Orange Door in Malay.

Penerangan dalam Bahasa Melayu

The Orange Door menyediakan bantuan dan sokongan untuk situasi keganasan keluarga, dan bagi keluarga yang perlu bantuan untuk kesejahteraan dan pembangunan kanak-kanak.

Kadangkala hubungan rumah tangga atau dalam bercinta kurang sempurna dan anda perlukan sedikit bantuan dan sokongan. The Orange Door bersedia mendengar masalah anda dan membantu anda mendapatkan sokongan yang diperlukan dengan segera dan mudah.

Jika menghadapi bahaya, telefon Triple Zero (000).

The Orange Door dapat membantu sekiranya:

  • Anda perlu bantuan mendidik anak, atau risau tentang kesejahteraan atau pembangunan seorang kanak-kanak atau remaja.
  • Seorang yang rapat dengan anda membuat anda rasa takut atau tidak selamat, misalnya pasangan atau bekas pasangan hidup, anggota keluarga atau penjaga anda.
  • Anda seorang kanak-kanak atau remaja yang berasa tidak selamat atau tiada yang bela.
  • Anda cenderung menganiaya atau mengongkong orang lain, atau perlu bantuan untuk mengawal tingkah laku seperti itu dalam rumah tangga atau percintaan.
  • Anda bimbang tentang keselamatan seorang yang anda kenali.
  • Anda pernah mengalami keganasan keluarga, termasuk tingkah laku mengongkong misalnya sentiasa diawasi ke mana anda pergi, siapa anda temui, atau bagaimana anda gunakan wang.

The Orange Door dapat membantu dengan cara:

  • Mendengar dan memahami kebimbangan anda.
  • Bekerjasama dengan anda untuk menentukan bantuan dan sokongan yang diperlukan.
  • Menyokong anda dari segi kesejahteraan dan pembangunan kanak-kanak dan remaja.
  • Membantu anda membuat rancangan menyelamatkan diri, demi keselamatan anda dan anak-anak.
  • Menghubungkan anda dengan perkhidmatan yang dapat membantu, misalnya kaunseling, tempat tinggal, sokongan keganasan keluarga, perkhidmatan kesihatan mental serta dadah dan alkohol, kumpulan sokongan ibu bapa, perkhidmatan untuk kanak-kanak, bantuan kewangan atau bantuan undang-undang.
  • Menyokong anda untuk mendapatkan bantuan asas sara hidup dan perbelanjaan lain.
  • Bekerjasama dengan anda bagi membuat perubahan diri, sekiranya anda ada masalah tingkah laku menganiaya atau mengongkong, di rumah atau dalam percintaan.

Bagaimanakah mendapatkan khidmat The Orange Door?

The Orange Door dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang, hari Isnin hingga Jumaat (tutup pada hari cuti umum).

Cari lokasi atau poskod(opens in a new window) untuk mengetahui di mana perkhidmatan kami yang terdekat di kawasan anda.

The Orange Door dapat bekerjasama dengan anda jika anda menggunakan alat bantu komunikasi atau memerlukan jurubahasa, termasuk bahasa Auslan.

Saya perlukan jurubahasa

Beritahu perkhidmatan kami jika anda perlukan jurubahasa. Beritahu perkhidmatan kami:

  • nombor telefon anda
  • bahasa anda
  • masa yang selamat untuk menelefon anda.

Seterusnya, jurubahasa akan menghubungi anda.

Adakah perkhidmatan The Orange Door sesuai untuk saya?

The Orange Door mengalu-alukan sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina, seksualiti, budaya dan keupayaan. Semua pilihan budaya dan agama dihormati. Beritahu pegawai kami jika anda lebih suka pegawai lelaki atau perempuan. The Orange Door bekerjasama dengan perkhidmatan pelbagai budaya, LGBTI dan orang kurang upaya demi memenuhi pelbagai keperluan individu dan keluarga. Pegawai kami akan menerangkan pelbagai pilihan perkhidmatan dan menghubungkan anda dengan perkhidmatan yang diperlukan.

Jika anda seorang migran, orang pelarian atau tiada taraf pemastautin tetap, kami masih dapat membantu. Jangan takut meminta sokongan disebabkan taraf migran anda. Perkhidmatan kami percuma. Beritahu pegawai The Orange Door jika ingin membincangkan situasi anda melalui telefon atau secara peribadi.

Ke manakah saya patut pergi jika The Orange Door tidak dibuka?

Hubungi perkhidmatan berikut di luar waktu kerja:

  • Men’s Referral Service 1300 766 491 (8 pagi - 9 malam Isnin - Jumaat, 9 pagi - 6 petang Sabtu, Ahad dan Cuti Umum), khidmat kaunseling melalui telefon, penerangan dan rujukan untuk lelaki tentang keganasan keluarga
  • Safe Steps 1800 015 188 (24 jam sehari, 7 hari seminggu), khidmat sokongan untuk mangsa keganasan keluarga. Anda juga dapat mengirimkan e-mel kepada Safe Steps(opens in a new window) atau menggunakan khidmat sokongan sembang web secara langsung(opens in a new window)
  • Talian bantuan Victims of Crime 1800 819 817 atau teks 0427 767 891 (8 pagi - 11 malam, setiap hari), untuk semua mangsa jenayah dan lelaki dewasa mangsa keganasan keluarga
  • The Sexual Assault Crisis Line 1800 806 292 (24 jam sehari, 7 hari seminggu), untuk mangsa serangan seksual

Jika anda atau orang lain menghadapi bahaya, hubungi Triple Zero (000) untuk bantuan kecemasan.

Maklum balas dan privasi

Anda dapat memberi maklum balas tentang pengalaman khidmat The Orange Door melalui borang maklum balas dalam talian(opens in a new window) di orangedoor.vic.gov.au/feedback(opens in a new window) atau menghubungi 1800 312 820 dan meminta bercakap dengan pegawai, penyelia atau pengurus anda.

Kami memandang serius privasi anda. Untuk mengetahui cara kami menggunakan maklumat diri anda, sila rujuk dasar privasi kami(opens in a new window).

Updated