The Orange Door

Malay

  

Apakah The Orange Door?

The Orange Door ialah cara baharu untuk mengakses perkhidmatan untuk wanita, kanak-kanak dan anak muda yang mengalami keganasan keluarga; dan keluarga yang memerlukan sokongan dengan penjagaan kanak-kanak atau anak muda. Anda tidak memerlukan rujukan untuk mengakses bantuan dan sokongan melalui The Orange Door. 

Apa yang boleh dilakukan oleh The Orange Door untuk saya?

Hubungi The Orange Door jika:
  • seseorang yang rapat dengan anda menyakiti anda, mengawal anda atau membuat anda berasa takut, seperti pasangan, ahli keluarga, rakan serumah atau penjaga anda
  • anda sedang bergelut dengan keibubapaan kerana konflik keluarga, masalah wang, penyakit, ketagihan, kesedihan atau pengasingan
  • anda prihatin tentang keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau anak muda
  • anda prihatin tentang keselamatan rakan atau ahli keluarga.
Sekiranya anda seorang migran atau pelarian atau tidak mempunyai pemastautin tetap, kami masih boleh membantu anda. Jangan takut mendapatkan sokongan kerana status penghijrahan anda. Ini ialah perkhidmatan percuma. Beritahu pekerja The Orange Door sama ada anda lebih suka membincangkan situasi anda di telefon atau secara langsung bersemuka 

Saya perlukan jurubahasa

Beritahu perkhidmatan jika anda memerlukan jurubahasa.  Beritahu perkhidmatan:  
  • nombor telefon anda
  • bahasa anda
  • waktu yang selamat untuk menelefon.
Seorang jurubahasa akan menghubungi anda semula.

Adakah The Orange Door sebuah perkhidmatan yang direka untuk saya?

The Orange Door mengalu-alukan semua orang tanpa mengira umur, jantina, seksualiti dan keupayaan. Semua keutamaan budaya dan keagamaan dihormati. Beritahu pekerja jika anda lebih suka bekerja dengan pekerja lelaki atau wanita. The Orange Door bekerjasama dengan perkhidmatan pelbagai budaya, perkhidmatan LGBTI dan perkhidmatan ketakupayaan untuk memenuhi pelbagai keperluan individu dan keluarga. Kakitangan akan memberikan maklumat kepada anda mengenai pilihan dan menyambungkan anda ke perkhidmatan yang anda perlukan.  


Di manakah The Orange Door?

Carilah perkhidmatan di kawasan anda dengan menggunakan lokasi di peta atau poskod.

Bilakah The Orange Door dibuka?

The Orange Door dibuka dari pukul 9pg hingga 5ptg Isnin hingga Jumaat (cuti umum ditutup).

Ke manakah saya harus pergi jika The Orange Door tutup?

Hubungi perkhidmatan berikut di luar waktu yang ditetapkan:
  • Perkhidmatan Rujukan Lelaki pada talian 1300 766 491 (8pg-9ptg Isnin-Jumaat dan 9pg-5ptg Sabtu dan Ahad) (Perkhidmatan rujukan, maklumat dan kaunseling telefon keganasan keluarga lelaki).
  • Safe Steps merupakan perkhidmatan sokongan untuk mangsa keganasan keluarga di talian 1800 015 188 (24 jam sehari, 7 hari seminggu). Anda juga boleh e-mel Safe Steps atau gunakan khidmat sokongan sembang secara langsung (live web chat) di laman web mereka. 
  • Talian bantuan Mangsa Jenayah (untuk semua mangsa jenayah dan mangsa lelaki dewasa akibat keganasan keluarga) 1800 819 817 (8pg - 11mlm, setiap hari).
  • Talian Krisis Serangan Seksual disediakan untuk mangsa serangan seksual di talian 1800 806 292 (24 jam sehari, 7 hari seminggu).

Jika anda atau orang lain berada dalam keadaan cemas, hubungi Tiga Sifar (000) untuk bantuan kecemasan.